AKADEMI
PRIHATIN

Akademi Prihatin adalah salah satu inisiatif oleh Yayasan MyPrihatin untuk menyediakan latihan dalam talian kepada pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.

Visi & Misi

Menyediakan latihan dalam talian bersesuaian untuk membantu usahawan dan komuniti dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi semasa.

Latihan Dalam Talian

Automasi Bisnes Digital

Membina Platform E-Dagang

Peserta akan dilatih untuk menyediakan “Online Shop” dengan menggunakan platform yang mudah dan ringkas bagi membolehkan pelanggan dapat membeli & membayar secara dalam talian.

Percuma Web "Online Shop"

Do-It Dapur

Menjana Pendapatan Dari Dapur Rumah

Peserta akan dilatih untuk menyediakan produk makanan yang praktikal & mempunyai permintaan dalam pasaran agar ia dapat menjana pendapatan sampingan dari dapur rumah.

Percuma "Multifunction Electric Pressure Cooker"

Dihoskan Oleh:

YAYASAN MYPRIHATIN

Yayasan MyPrihatin ialah sebuah organisasi bukan berorientasikan keuntungan dan telah diluluskan penubuhannya di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258], Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) pada tahun 2015. Yayasan MyPrihatin juga telah mendapat kelulusan pengecualian cukai dibawah Subseksyen 44(6) ACP 1967.

Aktiviti Yayasan MyPrihatin merangkumi semua lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan.

Rakan Strategik:

CAREER CENTRE

Sebagai salah satu agensi pekerjaan dan latihan terkemuka di Malaysia, fokus Career Centre Malaysia adalah untuk membantu pencari kerja Malaysia yang ingin memajukan diri mereka sama ada dalam pengembangan kerjaya atau peningkatan kemahiran.

Di Career Center Malaysia, kami bangga meneliti, menganalisis dan memahami pasaran untuk memastikan kami memberikan perkhidmatan terbaik setiap masa untuk anda.

Rakan Strategik:

KLIK ME TECHNOLOGY

Menyediakan perkhidmatan dan konsultansi untuk pembangunan sistem web dan E-Dagang untuk usahawan mikro dan sektor perusahaan kecil & sederhana.

Shopping Cart
Scroll to Top