Dasar Privasi

NOTIS AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
.

Notis data peribadi ini dikeluarkan bagi tujuan mematuhi keperluan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) dan khususnya di bawah Seksyen 7 PDPA. Notis PDPA ini menerangkan cara Akademi Prihatin / Yayasan MyPrihatin (“Akademi Prihatin”) mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda mengikut PDPA. Sila ambil perhatian bahawa Akademi Prihatin boleh meminda notis ini pada bila-bila masa tanpa apa-apa notis diberikan terlebih dahulu.

  1. DATA PERIBADI
    Bagi membolehkan Akademi Prihatin memproses permohonan anda, Akademi Prihatin perlu dan/atau mungkin diperlukan untuk mengumpul, merekod, memegang, mengguna, mendedahkan dan menyimpan maklumat peribadi dan kewangan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
    a) nama;
    b) nombor telefon;
    c) alamat;
    d) alamat mel elektronik;
    e) fotograf;
    f) nombor kad pengenalan dan/atau pasport;
    g) maklumat akaun bank;
    h) keputusan akademik;
    i) maklumat perubatan;
    j) semua maklumat peribadi lain yang diminta dalam borang permohonan; dan
    k) semua maklumat peribadi lain yang boleh dikumpulkan oleh Akademi Prihatin daripada anda pada masa akan datang; (kemudian daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai “Data Peribadi”).
  2. KEWAJIPAN MEMBEKALKAN DATA PERIBADI
    Anda wajib membekalkan Data Peribadi anda kepada Akademi Prihatin. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, Akademi Prihatin berhak untuk tidak meneruskan pemprosesan permohonan anda.
  3. SUMBER DATA PERIBADI
    Akademi Prihatin akan mendapatkan Data Peribadi daripada anda dan pelbagai sumber, termasuk tetapi
    tidak terhad kepada:
    a) maklumat yang diberikan di dalam borang permohonan; atau
    b) komunikasi lisan dan bertulis dengan Akademi Prihatin; atau
    c) pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada majikan dan penjamin; atau
    d) sumber-sumber lain yang mana anda telah memberikan persetujuan untuk mendedahkan maklumat berkaitan anda.
  4. TUJUAN MEMPROSES DATA PERIBADI
    Tujuan memproses atau/dan menggunakan Data Peribadi anda adalah untuk, tetapi tidak terhad kepada:
    a) berkomunikasi dengan anda;
    b) mentadbir dan menjalankan penilaian terhadap permohonan anda untuk mendapatkan biasiswa
    daripada Akademi Prihatin;
    c) menyediakan perkhidmatan kepada anda;
    d) memproses transaksi pembayaran kepada anda;
    e) tujuan pentadbiran;
    f) tujuan keselamatan dan pencegahan penipuan;
    g) penyimpanan rekod dalaman;
    h) analisis statistik;
    i) tadbir urus korporat Akademi Prihatin;
    j) melindungi atau menguatkuasakan hak Akademi Prihatin untuk mendapatkan semula apa-apa hutang kepada Akademi Prihatin;
    k) apa-apa tujuan lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang, peraturan dan/atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkaitan;
    l) untuk fungsi dan operasi program berkaitan; dan
    m) untuk penggunaan promosi dalam pelbagai format yang tidak terhad kepada media (tradisional dan baharu), dek pembentangan, penerbitan, cagaran dan sebagainya.
  5. HAK MEMOHON UNTUK AKSES DAN MEMBUAT PERTANYAAN
    5.1 Anda boleh, pada bila-bila masa memohon untuk akses kepada, atau memohon untuk pembaikan atau pembetulan Data Peribadi anda atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi tersebut oleh Akademi Prihatin mengikut mana-mana yang berkenaan, tertakluk kepada pengecualian dan sekatan yang terkandung di bawah undang-undang yang berkenaan. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi Akademi Prihatin melalui e-mel, panggilan telefon atau surat-menyurat.
    5.2 Anda boleh menghubungi Akademi Prihatin jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau aduan
    berhubung Data Peribadi anda yang diberikan kepada Akademi Prihatin.
    5.3 Walau apa pun Klausa 5.1 dan 5.2, Akademi Prihatin berhak untuk menolak permohonan anda untuk
    mengakses dan/atau membuat pembetulan ke atas Data Peribadi anda setakat yang dibenarkan di bawah
    undang-undang yang berkenaan.
  6. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
    6.1 Data Peribadi anda yang diberikan kepada atau diperoleh oleh Akademi Prihatin akan disimpan secara sulit. Walau bagaimanapun, Akademi Prihatin mungkin perlu untuk menggunakan khidmat organisasi pihak ketiga, penyedia perkhidmatan atau individu untuk mengendalikan perkhidmatan tertentu bagi pihak Akademi Prihatin. Dalam keadaan demikian, anda dengan ini bersetuju bahawa Akademi Prihatin boleh mendedah dan memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tersebut, di dalam atau di luar Malaysia termasuk tanpa had, seperti berikut:
    a) rakan program; atau
    b) rakan strategik; atau
    c) Penjamin (Pledger); atau
    d) bank dan institusi kewangan; atau
    e) institusi pendidikan; atau
    f) penyedia insurans; atau
    g) penyedia kemudahan penyimpanan; atau
    h) firma undang-undang yang mewakili Akademi Prihatin; atau
    i) pihak lain yang dianggap perlu oleh Akademi Prihatin.
    6.2 Akademi Prihatin juga boleh mendedah dan memindahkan maklumat kepada mana-mana badan berkanun, badan pengawalseliaan dan/atau pihak berkuasa kerajaan apabila perlu berbuat demikian tertakluk kepada undang-undang.
Shopping Cart
Scroll to Top